emolagi
Female
Malaysia
   

<< August 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sep 20, 2006
Goblog #2

JEMPUTAN MENULIS UNTUK GOBLOG#2.

Kepada:
anda, kawan-kawan anda, semua orang muda dan orang yang pernah muda.

tahun lepas [2006] buku bernama Goblog telah diterbitkan. tahun ni kami di Papakerma nak teruskan kesinambungan untuk menerbitkan Goblog edisi kedua [Goblog#2] pulak. jadi, anda dijemput untuk sama-sama menjayakan projek buku Goblog#2 ini.

hantarkan apa jua bentuk tulisan kepada kami untuk disemak dan kemudiannya dibukukan. takde tema yang spesifik untuk Goblog#2 ni. jadi, anda bebas nak tulis tentang apa pun. tapi sila pastikan tulisan anda tu mempunyai mesej yang berguna untuk orang ramai. tulisan yang takde mesej akan direject tanpa belas kasihan. tulisan yang rasis, fasis, seksis, nazis, prejudis dan segala unsur yang bertentangan dengan hak asasi manusia jugak akan direject.

setiap seorang dibenarkan menghantar maksimum 10 artikel dan minimum 5 artikel. hantarkan artikel dalam bahasa
malaysia ok.

takde deadline [deadline ke dateline?] yang ditetapkan. cukup je bilangan artikel yang dikehendaki, kami akan siapkan buku Goblog#2 ni. cepat lambat buku ni dikeluarkan bergantung sepenuhnya kepada keterlibatan anda [dan juga keadaan kewangan kami.:p].

kepada yang berminat, hantarkan kontribusi anda kepada saya di alamat email berikut:
merahdanhitam@yahoo.com


daripada:
Dhani Ahmad

b/p: Papakerma Press
www.papakerma.com


Posted at 02:21 pm by emolagi
Comment (1)  

Aug 29, 2006
review

ada kawan sudah baca Goblog. dan mereka review Goblog. baca review mereka di sini:

Goblog Dari Penjuru Mataku : http://dugongsenyum.blogspot.com/2006/08/goblog-dari-penjuru-mataku.html

GOBLOG neo-eksperimantasi http://sukaatiaku.blogspot.com/2006/08/goblog-neo-eksperimantasi.html

GOBLOG Itu Seksi  http://azharahmad.com/blog/goblog-itu-seksi/http://azharahmad.com/blog/golog-itu-seksi/ 


Posted at 02:10 am by emolagi
Comment (1)  

Aug 10, 2006
goblog rilis pada 08.08.06


Posted at 05:38 pm by emolagi
Make a comment  

Aug 8, 2006
Habis Gelap Terbitlah GOBLOG

GOBLOG "koleksi tulisan blog orang kecil"

telah pun beredar. sebuah buku yang julung kalinya diriliskan secara d.i.y oleh Papakerma. buku setebal 176 muka surat yang memuatkan tulisan 13 penulis ini dijual dengan harga rm20 + rm3 setem senaskah. hantarkan pesanan anda sekarang kepada: Ahmad Faisal Othman. Lot 567 Hilir Masjid, Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. emil: faisal@papakerma.com   hp: 019-2508857

htpp://www.goblog2006.blogdrive.com   

 

 

 

Papakerma ada buat promosi untuk pembeli yang membeli melalui pos. Maksudnya, yang beli GOBLOG melalui surat/postal order. Promosinya adalah seperti beribut:

 

10 pembeli melalui pos terawal akan mendapat:

§  senaskah Goblog + cd lagu rilisan Papakerma [percuma] + senaskah zine [percuma] + kos penghantaran percuma [wang setem akan dikembalikan].

 

* buku akan dihantar dengan Pos Ekspress-"dijamin sampai esok".J

 

 

 

Yang beli Goblog secara langsung [by hand] terus dengan kitorang pun ada hadiah jugak. Tapi ianya terhad mengikut stok yang ada. Hadiahnya adalah:

 

pembeli by-hand bertuah akan mendapat:

§  senaskah Goblog + senaskah zine [percuma] + tanda tangan penulis percuma.hehehe. J

 

* bilangan zine adalah terhad. cuma yang bernasib baik akan mendapat zine. harap maklum.J

 

 

 

Ada yang nak beli secara pukal [wholesale] tak? Kalau ada, ini

tawaran untuk pembeli pukal:

 

  • pembeli pukal akan diberi harga discount sebanyak *15% untuk senaskah buku. jadi, harga senaskah buku untuk pembeli pukal ialah rm17 senaskah. jumlah minima belian pukal ialah 10 naskah.

 

  • *15% daripada rm20 = rm3.

 

 

 

Jadi, tunggu apa lagi? Hubungi kami dan buatlah tempahan sekarang! J

 

hubungi kami di:

 

016 2517572 – nazier

019 2026684 – dean

019 2508857 – faisal

 

www.goblog2006.blogdrive.com

 

www.papakerma.com

 

 

* seringgit daripada hasil jualan 100 naskah Goblog akan didermakan ke tabung Food Not Bombs Kuala Lumpur. dengan kata lainnya, rm100 akan didermakan ke tabung FNBKL. [ www.fnbkl.cjb.net ]

 

 

 

MACAM MANA NAK ORDER?

 

Korang boleh lah menghantar terus pesanan kepada alamat tertera di atas. Nak hantar wang tunai pun ok. Tapi pandai-pandai ah sorok duit dalam envelope tu. J. Tapi kalau nak selamat, hantarkan duit guna  Wang Pos Malaysia ke atas nama Ahmad Faisal Bin Othman.

 

Mesti ada yang nak buat pembayaran melalui bank kan? Maaf lah sebab saya tak ada account Maybank. Jadi, kalo nak bank in, kena bank in kat bank Mualamat jek ah.

 

NAMA BANK  : Bank Muamalat
NAMA SAYA  : Ahmad Faisal Bin Othman
NO ACCOUNT: 0301-0050205-72-3

 

Pepehal call/sms aje la kalau nak beli by hand. Kitorang ada kat KL. Nanti boleh jumpa lepak minum sama-sama. Okeh. J

 

 

 

NOTA: promosi ini terhad hanya kepada mereka yang membeli terus Goblog melalui Papakerma sahaja. kalau beli dengan penjual lain, lain pulak tawarannya.J.

 

 

* Rm 20 = Rp 50ribu


Posted at 01:03 pm by emolagi
Comment (1)  

Jul 31, 2006
APA KATA PENULIS GOBLOG?

"Goblog bukan sekadar cerita harian. Bukan diari picisan untuk cerita makan nasi lauk apa tengahari tadi, tayar pancit masa nak pergi kerja. Tapi sebagai platform ekspresi yang terunggul. Kat sini ada 13 blog anak muda DIY. Buka hati, buka minda. Bukan semua berada di permukaan. Cuba nasib baca tengok, ada berani?!" – KUMPRINX

 

 

"Penulis-penulis buku goblog ini umpama karektor-karektor dalam "Alice in wonderland". Kadang-kadang menarik, kadang-kadang pelik, kadangkala terlalu biasa untuk diterokai. Tapi apa yang pasti, anda (iaitu pembaca) adalah "Alice" yang menentukan akhir jalan ceritanya." – FAHMI

 

 

"This book is like the tip of an iceberg where actually beneath the water lies a larger bulk of ice. And beneath of all the writings each writer present inside this book lays another equally quality writings, but with much larger 'substance' produced and stories presented. Check into their blogs, and you'll know what I mean" – KEJU

 

 

"Bukan. Bukan Goblog yang itu maksud aku. Tapi sebuah koleksi yang menampilkan 13 orang penggiat scene muzik diy. Mungkin Datuk Harussani tidak berkenan dengan erti plural pada bahagian lain. Tapi beliau harus terima hakikat bahawa buku ini telah menampilkan kerja plural, baik di segi penulisnya mahupun di segi ideanya. Idea cerita maksud aku. Daripada Bab Lokman hinggalah ke Bab Zaxx buku ini menghidangkan pelbagai idea, rencam cerita. Kalau kau beli, kau terkejut yakni terkesima dengan suatu perkara. Nak tau apa? Kalau nak tahu belilah…" – ZULFIKAR

 

 

"Orang menulis kerana bosan, rindu, resah, gelisah atau muak. Tulisannya pula membayangkan kebodohan, kepandaian, kepura-puraan, kebebalan atau keintelektualan. Ada yang disimpan di dalam laci, dikirim kepada kekasih atau dilayang di angin lalu... Goblog; koleksi tulisan 13 orang-orang kecil tanpa batas pemisahan, menghidang pelbagai tema persoalan dan serpihan pengalaman diantara perasaan yang benar dan palsu. Terpulang; penulis tidak mencari pembacanya, tetapi pembaca yang mencari penulisnya" – LOKMAN

 

 

"Goblog:"koleksi tulisan blog orang-orang kecil", hasil karya 13 anak muda, dan seperti namanya, memberi anda ruang, engajak anda menapak sementara ke dalam dunia mereka, dunia orang-orang kecil. Dengan segala resah hatinya, dan dengan segala selamba fikirnya. Tulisan-tulisan ini adalah tulisan anak-anak muda yang biasa, tetapi dalam dunia ini tidak ada anak muda yang biasa" – ZAZA

 

 

"Haram mungkin kerana unsurnya busuk. Halal mungkin pula kerana ia wangi disulami cantik. Kalau tulis sesuatu yang haram pun jadi satu dosa, semua keponak-ponakan manusia tidak harus diajar menulis untuk jadi seorang manusia. Takut salah atau betul menghantui kepala. Jadi, tidak salah untuk kita jadi minoriti yang bersuara. Sekurang-kurangnya mewakilkan sekelumit dari segumpal" – JR

 

 

"Penulis-penulis Goblog adalah pelajar yang berhutang dengan PTPTN/MARA. Kerana tak punya wang. Tapi penulis punya idea dan usaha. Bukan soal kontennya. Tetapi soal usaha bersama buku ini dijayakan. Bagaimana buku ini tercipta secara DIY, kolektif dan konsensus. Buku ini menggambarkan bahwa sebuah kehidupan indah bisa diciptakan walaupun tanpa peraturan hierarki mencengkam. Goblog adalah bukti bahawa menerbitkan buku bukan lagi perkara ekslusif" – DHANI

 

 

"Goblog dalam bahasa Jawa (goblok) maksudnya bangang, bodoh, bebal, dungu & yang seangakatan dengannya. Mungkin ini satu parodi kepada dunia kini yang semakin dipenuhi dengan manusia˛ goblok malah buta tuli deria pancainderanya. Namun juga Goblog adalah sebuah manifestasi segelintir manusia˛ goblok yang tidak ingin bersekongkol mahupun lari daripada segolongan goblok yang besar. Sinonim jumlah 13 ditambah dengan unsur goblok; nyata amarah jiwa˛ muda (& tua?) terasak keluar & dirakam dalam bentuk penulisan yang sangat˛ mentah, terus terang serta tidak berselindung. Suara˛ tidak terkeluar kini disampaikan dalam buku ini. Go Blog!" – ZAXX

 

 

 

 

SINOPSIS

GOBLOG membakulkan 13 penulis blog (blogger) lelaki dan perempuan, yang, tiap-tiap tulisan mereka itu tidak pernah terbit dalam mana-mana surat khabar Melayu atau Inggeris di negara ini. Tatkala ini, blog bukan sahaja menjadi kegilaan anak muda, tetapi mula melarat sampai kepada orang politik... maka itu, ini satu bukti bahawa apa yang anak muda buat, ditiru tanpa sebarang honorarium...

 

Sudah ada dipasaran beberapa buah buku yang membakulkan penulis-penulis blog ~ dengan gaya masing-masing punya hendak ~ masuk GOBLOG satu lagi ~ satu lagi gaya ~ cuba bawa diri ke tengah 'pasaran' yang didominasi oleh buku-buku novel dan cinta terbitan DBP, tapi hendak juga kami lawan ~ tetap lawan ~ kalah itu biasa, tapi kalau menang dan laku... siapa tahu?

 

 

 

POSTER

www.papakerma.com/faisal/goblog.zip  (5.84mb)  <--- sila klik url ini

 

untuk muat-turun poster goblog untuk diprint dan

 

ditampal di bilik anda. J


Posted at 04:50 pm by emolagi
Make a comment  

Jul 22, 2006
Majlis Pelancaran Goblog



"Tiga belas orang penulis, dalam ini buku, ada macam-macam. Memang. Tapi, kepelbagaian, majmuk, atau istilah yang dibenci Mufti Negeri Perak ialah "pluralis" itu belum betol-betol nampak. Sekarang sudah ada blog. Tiap-tiap orang sudah boleh buka blog sendiri. Dan di sana, boleh jadi dairi, boleh jadi halaman untuk bercinta, kutuk gomen, fitnah orang, tunjuk bagus.. apa sahaja."
- Hasmi Hashim [penulis kata pengantar]

Akhirnya! Goblog akan dapat anda pegang tidak lama lagi. Blook pertama yang dihasilkan oleh anak-anak d.i.y punk/hc ini akan dilancarkan secara rasminya pada 13 AUG 2006 ini di TITAN CLUB, Kuala Lumpur. sila lihat di www.papakerma.com  untuk maklumat lanjut tentang majlis pelancaran ini.



Posted at 01:07 pm by emolagi
Make a comment  

May 14, 2006
akan datang... GOBLOG!

GOBLOG merupakan buku pertama yang bakal diterbitkan oleh penggiat d.i.y independent komuniti. buku yang menampilkan koleksi tulisan personal 13 penulis yang terdiri daripada Lokman (bassis Jahat), Izwan (vokalis Dolly Parton), Zaza (editor Apokobondo), Fahmi (vokalis FSF), Jr (drummer Maxwell Murder), Aiya (editor Chempaka Biru), Keju (vokalis Nyiblorong), Dhani (editor Sebutir Bintang Merah), Atiqah (editor Forbidden Garden), Kumprinx (editor Journal), Zulfikar (editor Satu Arah), Zaxx (editor A Dream) dan Pipi (editor Hilang Punca). 13 orang muda secara kolektif bertungkus lumus berusaha merialisasi apa yang diimpikan. buku ini  direncana akan siap diedarkan pada bulan hadapan. tunggukan kelahirannya! http://www.goblog2006.blogdrive.com

 

p/s:
DISTRIBUTORS & PEMBELI PUKAL DICARI. pada bulan depan kami [papakerma] menjangkakan buku Goblog! yang kami keluarkan akan siap untuk dijual. jadi, kepada distro, pembeli pukal, individu yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila segera berhubung dengan kami. terima kasih.


Posted at 03:59 pm by emolagi
Comment (1)  

Apr 17, 2006
goblog! on Mstar.com.my

"Sementara itu, satu lagi 'blook' sedang diusahakan oleh sekumpulan anak muda yang dikenali 'Papakerma'. Projek penerbitan yang dinamakan 'Goblog' akan memuatkan catatan 12 penulis yang dekat dengan muzik underground. Ia dijadualkan terbit pertengahan tahun ini.

Berbeza dengan tiga 'blook' sebelumnya, Goblog diusahakan oleh pelajar pengajian tinggi tempatan kecuali Zulfikar Ahmad Samsuri, seorang penulis bebas. Seperti projek penerbitan Jiwa Kacau, mStar Online difahamkan, koleksi ini tidak menyediakan tema khusus dan bergantung pada pilihan artikel yang disediakan oleh setiap penulis."
 
 

Posted at 09:51 pm by emolagi
Comment (1)  

Apr 15, 2006
melabur dan membantu.

Kami di Papakerma menjemput anda untuk turut sama terlibat dalam menjayakan projek ini. Melabur dan membantu menjayakan buku pertama yang dihasilkan secara d.i.y oleh penggiat scene independent.

 

  • Melabur RM100 : anda akan mendapat 8 buah naskah buku. (80% keuntungan)
  • Melabur RM500 : anda akan mendapat 50 buah naskah buku. (100% keuntungan)
  • Melabur RM1000 : anda akan mendapat 120 buah naskah buku. (120% keuntungan)

 

Senaskah buku akan dijual dengan harga RM20. Jadi, anda akan memperoleh hampir 100% keuntungan hasil pelaburan anda.

 

kalau ada sesapa yang nak melabur dan membantu menjayakan buku pertama yang dihasilkan secara d.i.y oleh penggiat d.i.y scene ini, bolehlah memasukkan wang anda ke account bank saya di:

 

NAMA BANK: Bank Muamalat
NAMA SAYA: Ahmad Faisal Bin Othman
NO ACCOUNT: 0301-0050205-72-3
 
sila beritahu saya sekiranya anda telah bank-in duit anda ke account saya. apa2 hal, kontek saya [ merahdanhitam@yahoo.com ] dulu sebelum melabur ok. :)

Posted at 02:27 am by emolagi
Comments (4)  

Apr 14, 2006
goblog! = 13cmx19cm.

kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan dan berkesempatan untuk menghasilkan cover, bolehlah anda membuat cover yang bersaiz: 13cm x 19cm. saiz ni sama lebar dengan buku Jiwa Kacau, tapi tinggi 1cm dari Jiwa Kacau. :). dan Goblog adalah lebih kecil dari buku Lagi Cerpen Cerpen Underground. :). jadi, sila cipta mengikut kreativiti masing masing ikut citarasa masing masing. kalau boleh hantar hujung bulan ni. hantarkan kepada: merahdanhitam@yahoo.com .perkara penting yang perlu ada kat cover ialah, nama buku ialah : GOBLOG! dan tagline dia: "koleksi tulisan blog orang kecil".


Posted at 10:39 am by emolagi
Make a comment  

Next Page