emolagi
Female
Malaysia
   

<< July 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jul 31, 2006
APA KATA PENULIS GOBLOG?

"Goblog bukan sekadar cerita harian. Bukan diari picisan untuk cerita makan nasi lauk apa tengahari tadi, tayar pancit masa nak pergi kerja. Tapi sebagai platform ekspresi yang terunggul. Kat sini ada 13 blog anak muda DIY. Buka hati, buka minda. Bukan semua berada di permukaan. Cuba nasib baca tengok, ada berani?!" – KUMPRINX

 

 

"Penulis-penulis buku goblog ini umpama karektor-karektor dalam "Alice in wonderland". Kadang-kadang menarik, kadang-kadang pelik, kadangkala terlalu biasa untuk diterokai. Tapi apa yang pasti, anda (iaitu pembaca) adalah "Alice" yang menentukan akhir jalan ceritanya." – FAHMI

 

 

"This book is like the tip of an iceberg where actually beneath the water lies a larger bulk of ice. And beneath of all the writings each writer present inside this book lays another equally quality writings, but with much larger 'substance' produced and stories presented. Check into their blogs, and you'll know what I mean" – KEJU

 

 

"Bukan. Bukan Goblog yang itu maksud aku. Tapi sebuah koleksi yang menampilkan 13 orang penggiat scene muzik diy. Mungkin Datuk Harussani tidak berkenan dengan erti plural pada bahagian lain. Tapi beliau harus terima hakikat bahawa buku ini telah menampilkan kerja plural, baik di segi penulisnya mahupun di segi ideanya. Idea cerita maksud aku. Daripada Bab Lokman hinggalah ke Bab Zaxx buku ini menghidangkan pelbagai idea, rencam cerita. Kalau kau beli, kau terkejut yakni terkesima dengan suatu perkara. Nak tau apa? Kalau nak tahu belilah…" – ZULFIKAR

 

 

"Orang menulis kerana bosan, rindu, resah, gelisah atau muak. Tulisannya pula membayangkan kebodohan, kepandaian, kepura-puraan, kebebalan atau keintelektualan. Ada yang disimpan di dalam laci, dikirim kepada kekasih atau dilayang di angin lalu... Goblog; koleksi tulisan 13 orang-orang kecil tanpa batas pemisahan, menghidang pelbagai tema persoalan dan serpihan pengalaman diantara perasaan yang benar dan palsu. Terpulang; penulis tidak mencari pembacanya, tetapi pembaca yang mencari penulisnya" – LOKMAN

 

 

"Goblog:"koleksi tulisan blog orang-orang kecil", hasil karya 13 anak muda, dan seperti namanya, memberi anda ruang, engajak anda menapak sementara ke dalam dunia mereka, dunia orang-orang kecil. Dengan segala resah hatinya, dan dengan segala selamba fikirnya. Tulisan-tulisan ini adalah tulisan anak-anak muda yang biasa, tetapi dalam dunia ini tidak ada anak muda yang biasa" – ZAZA

 

 

"Haram mungkin kerana unsurnya busuk. Halal mungkin pula kerana ia wangi disulami cantik. Kalau tulis sesuatu yang haram pun jadi satu dosa, semua keponak-ponakan manusia tidak harus diajar menulis untuk jadi seorang manusia. Takut salah atau betul menghantui kepala. Jadi, tidak salah untuk kita jadi minoriti yang bersuara. Sekurang-kurangnya mewakilkan sekelumit dari segumpal" – JR

 

 

"Penulis-penulis Goblog adalah pelajar yang berhutang dengan PTPTN/MARA. Kerana tak punya wang. Tapi penulis punya idea dan usaha. Bukan soal kontennya. Tetapi soal usaha bersama buku ini dijayakan. Bagaimana buku ini tercipta secara DIY, kolektif dan konsensus. Buku ini menggambarkan bahwa sebuah kehidupan indah bisa diciptakan walaupun tanpa peraturan hierarki mencengkam. Goblog adalah bukti bahawa menerbitkan buku bukan lagi perkara ekslusif" – DHANI

 

 

"Goblog dalam bahasa Jawa (goblok) maksudnya bangang, bodoh, bebal, dungu & yang seangakatan dengannya. Mungkin ini satu parodi kepada dunia kini yang semakin dipenuhi dengan manusia˛ goblok malah buta tuli deria pancainderanya. Namun juga Goblog adalah sebuah manifestasi segelintir manusia˛ goblok yang tidak ingin bersekongkol mahupun lari daripada segolongan goblok yang besar. Sinonim jumlah 13 ditambah dengan unsur goblok; nyata amarah jiwa˛ muda (& tua?) terasak keluar & dirakam dalam bentuk penulisan yang sangat˛ mentah, terus terang serta tidak berselindung. Suara˛ tidak terkeluar kini disampaikan dalam buku ini. Go Blog!" – ZAXX

 

 

 

 

SINOPSIS

GOBLOG membakulkan 13 penulis blog (blogger) lelaki dan perempuan, yang, tiap-tiap tulisan mereka itu tidak pernah terbit dalam mana-mana surat khabar Melayu atau Inggeris di negara ini. Tatkala ini, blog bukan sahaja menjadi kegilaan anak muda, tetapi mula melarat sampai kepada orang politik... maka itu, ini satu bukti bahawa apa yang anak muda buat, ditiru tanpa sebarang honorarium...

 

Sudah ada dipasaran beberapa buah buku yang membakulkan penulis-penulis blog ~ dengan gaya masing-masing punya hendak ~ masuk GOBLOG satu lagi ~ satu lagi gaya ~ cuba bawa diri ke tengah 'pasaran' yang didominasi oleh buku-buku novel dan cinta terbitan DBP, tapi hendak juga kami lawan ~ tetap lawan ~ kalah itu biasa, tapi kalau menang dan laku... siapa tahu?

 

 

 

POSTER

www.papakerma.com/faisal/goblog.zip  (5.84mb)  <--- sila klik url ini

 

untuk muat-turun poster goblog untuk diprint dan

 

ditampal di bilik anda. J


Posted at 04:50 pm by emolagi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry