emolagi
Female
Malaysia
   

<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Apr 15, 2006
melabur dan membantu.

Kami di Papakerma menjemput anda untuk turut sama terlibat dalam menjayakan projek ini. Melabur dan membantu menjayakan buku pertama yang dihasilkan secara d.i.y oleh penggiat scene independent.

 

  • Melabur RM100 : anda akan mendapat 8 buah naskah buku. (80% keuntungan)
  • Melabur RM500 : anda akan mendapat 50 buah naskah buku. (100% keuntungan)
  • Melabur RM1000 : anda akan mendapat 120 buah naskah buku. (120% keuntungan)

 

Senaskah buku akan dijual dengan harga RM20. Jadi, anda akan memperoleh hampir 100% keuntungan hasil pelaburan anda.

 

kalau ada sesapa yang nak melabur dan membantu menjayakan buku pertama yang dihasilkan secara d.i.y oleh penggiat d.i.y scene ini, bolehlah memasukkan wang anda ke account bank saya di:

 

NAMA BANK: Bank Muamalat
NAMA SAYA: Ahmad Faisal Bin Othman
NO ACCOUNT: 0301-0050205-72-3
 
sila beritahu saya sekiranya anda telah bank-in duit anda ke account saya. apa2 hal, kontek saya [ merahdanhitam@yahoo.com ] dulu sebelum melabur ok. :)

Posted at 02:27 am by emolagi
Comments (4)  

Apr 14, 2006
goblog! = 13cmx19cm.

kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan dan berkesempatan untuk menghasilkan cover, bolehlah anda membuat cover yang bersaiz: 13cm x 19cm. saiz ni sama lebar dengan buku Jiwa Kacau, tapi tinggi 1cm dari Jiwa Kacau. :). dan Goblog adalah lebih kecil dari buku Lagi Cerpen Cerpen Underground. :). jadi, sila cipta mengikut kreativiti masing masing ikut citarasa masing masing. kalau boleh hantar hujung bulan ni. hantarkan kepada: merahdanhitam@yahoo.com .perkara penting yang perlu ada kat cover ialah, nama buku ialah : GOBLOG! dan tagline dia: "koleksi tulisan blog orang kecil".


Posted at 10:39 am by emolagi
Comments (4)  

Apr 13, 2006
Goblogers!
GOBLOG! dalam proses pengeditan.

oooppppsss! maaf ya. buat masa sekarang, rasanya cukup dulu dengan partisipasi yang ada. sebarang kontribusi yang diterima selepas ini akan disimpan untuk Goblog! isu yang seterusnya. buat masa sekarang, Goblog! dalam proses pengeditan susun atur dan juga kami sedang mencari kedai printing yang bisa mencetak buku ini dalam kadar kos yang paling minima. ada sesiapa tahu dimana ada kedai printing yang murah?
 
nota: jumlah buku yang ingin dicetak tidak melebihi 500 salinan.

Posted at 01:23 pm by emolagi
Make a comment  

GOBLOG! - Koleksi Tulisan Blog Orang Kecil

Nama Buku: GOBLOG! - "Koleksi Tulisan Blog Orang Kecil"

Pengenalan
saya mula berfantasi untuk menghasilkan sebuah buku/zine yang mengumpulkan tulisan weblog anak-anak punk/hc. dan untuk merealisasikan fantasi ini, saya perlukan kerjasama dari kamu semua. disini, saya ingin meminta sekurang-kurangnya 5 artikel yang kamu hasilkan di blog kamu ini. dan jumlah maksimum artikel yang kamu boleh sertakan adalah 10. Penyertaan adalah dibuka kepada mereka yang mempunyai blog dan juga berpengetahuan tentang punk/hc. :). untuk menyumbang artikel atau catatan weblog untuk dibukukan, sila hantarkan koleksi tulisan anda kepda saya di alamat merahdanhitam@yahoo.com atau faisal@papakerma.com

Tujuan Projek
- Mem"buku"kan tulisan yang ada dalam blog.
- Memperbanyak dan menvariasikan bahan bercetak hasil anak-anak punk/hc.
- Mencipta sejarah yang tersendiri. :)

Harus Diperbincangkan
- soal nama besar buku/zine yang akan dihasilkan
- soal susun atur/lay out
- soal distribusi
- sasaran pembaca
- cara pendistribusian
- promosi

Hantarlah apa saja jenis catatan anda seperti kategori-kategori berikut
1. SINIS: Humor, komedi, satira
2. NASIHAT: Seruan kepada kebaikan, hujah, dakwah
3. BALADA: Luahan hati, jiwang karat, keluhan nurani
4. PUISI: Pantun, Sajak, Seloka
5. GANAS: Bahasa Pasar, Slanga, Brutal
6. ENGLISH: Yes, no and alright.
7. RENCAM: Apa-apa yang tidak tersenarai dalam kategori di atas.

Syarat WAJIB
* Pastikan entri/artikel weblog yang asli.
* Setiap entri/artikel perlulah mempunyai:
a) Tajuk
b) Tarikh (jika ada)
c) Permalink atau URL
d) apa-apa saja yang ingin diletak. :)

PENTING NIH!
Copy and paste catatan pilihan, kemudian edit atau taip menggunakan MSWord atau yang seangkatan. Save-kan ke format *.doc dan email sebagai attachment. Kenapa nak kena hantar dalam format MSWord? Sebabnya kalau catatan anda ada yang dalam bentuk BOLD, ITALIC, UNDERLINE, dan sewaktu dengannya, maka bentuk-bentuk tulisan anda tersimpan rapi seperti yang anda mahukan.
 

 
Wednesday, December 14, 2005

Posted at 01:21 pm by emolagi
Make a comment